Monday, 30 December 2013

Cerpen Tema Futuristik : Misi Pulang Ke Bumi

         Hari ini sudah 4 April 2424 dan umur ku sudah mencecah 17 tahun. Sudah 8 tahun aku telah terkurung di kapal angkasa milik ayah ku ini yang sedang menuju ke Planet Aries. Walaupun terdapat pelbagai peralatan yang berteknologi tinggi di sini, namun aku sentiasa tidak berpuas hati dan aku mungkin gembira hanya pada masa itu sahaja. Ayahku merupakan seorang angkasawan yang sangat digeruni di seluruh dunia dan seorang yang sangat tekun ketika bekerja. Ibuku pula sudah meninggal dunia semasa aku berumur 3 tahun. Jadi ayah telah mencipta sebuah robot yang dikhaskan untuk menjaga aku dan mengasuh aku. Hal ini kerana mungkin ayahku terlalu sibuk sehingga sukar untuk meluangkan masa bersama aku. Dalam masa sehari aku hanya boleh berjumpa dengan ayahku dalam masa hanya lima minit, paling kurang lama pun hanya satu jam. Oleh itu, segala makan minum, pakaian dan pembelajaran aku diuruskan oleh robot yang dicipta ayah. Aku ingin hidup seperti manusia normal yang dijaga oleh ibu sendiri dan sekolah di sekolah kerajaan yang biasa. Paling tidak pun masa aku berumur 3 tahun hingga 9 tahun aku belajar di rumah, tetapi aku rasa aku sahaja yang pecah rekod belajar sendiri di angkasa lepas. Kadang-kadang terasa diri ini seperti lain daripada yang lain. Aku terlalu rindukan bumi dan ingin menjalani kehidupan di bumi seperti dahulu, tetapi mungkin jika aku sudah pulang ke bumi, aku sudah tua dan tidak sesuai untuk berseronok lagi.

       Aku sudah tidak tahan lagi, aku ingin pulang ke bumi. Aku tidak mahu menghabiskan masa di dalam 'kapal besi' ini, setidaknya-tidaknya dapat menghirup udara segar di bumi cukup lah. Aku perlu fikirkan cara untuk lari daripada kapal ini, walaupun agak bahaya untuk diriku. Aku boleh jadi gila jika perlu terperap di kapal ini. Aha! Aku ada satu idea, ayah aku ada sebuah kapal angkasa kecemasan di hujung kapal induk ini. Aku selalu melayari internet dengan menggunakan komputer yang mampu memuat turun filem dua jam selama dua saat. Lagipun, dunia sudah maju dan jika ada orang yang masih mempunyai masalah internet lambat atau yang paling teruk pun tiada internet, mungkin seluruh dunia boleh terkejut jika wujud lagi org seperti itu. Aku pernah memuat turun fail tentang cara-cara memandu kapal angkasa. Jika ayahku seorang angkasawan, aku pun mampu mengikut jejak ayah ku. Bapa borek anak rintik. Panduan untuk menggunakan kapal angkasa itu mudah sahaja, jadi itu mungkin bukan masalahnya. Tetapi aku ada satu masalah besar, aku perlu melarikan diri daripada pengasuh robotku, Jonet. Sebenarnye aku dah selalu juga tertanya-tanya tentang robot pengasuh aku ini. Mengapa ayahku menamakan robot ini Jonet? Biasanya nama robot memang selalu gempak macam DEE232 atau Wall-E. Berilah nama yang terkenal sedikit. Macam Justin Gieger, seorang penyanyi pop yang amat terkenal pada masa ini. Aku suka panggil Jonet dengan nama panggilan sahaja, Net.

       Paling aku musykil apabila aku merasakan si Jonet itu seperti manusia yang faham perasaan manusia. Aku tidak sangka ayah aku boleh mencipta robot yang mampu membebel seperti manusia sebenar. Aduh, kadang-kadang memang malang si Jonet ini sebab selalu menjadi mangsa carutan di dalam hatiku. Tetapi apakan daya, aku hanya menganggap dia hanyalah sebuah robot. Kembali semula ke rancangan asal, kedudukan kapal itu sekarang terlalu jauh daripada bilik aku. Aku hanya perlu mengelakkan diri daripada Jonet. Ayah? Ah! Dia bukannya kisah pasal aku pun. Sudah tentu dia sedang bekerja dengan tekun untuk menjayakan misi ke Aries. Tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki. Itu mesti Jonet. Aku berlari menuju ke katil ku dan berpura-pura tidur. Memang benar itu si Jonet, Jonet berkata "Awak dah makan? Saya bawakan makanan untuk awak, seperti biasa. Lalu si Jonet pun pergi dari sini. Aku bingkas bangun dan boleh mengagak apakah makanan itu. Makanan di angkasa. Sungguh membosankan. Aku biarkan makanan itu dan terus keluar dari bilikku.

      Aku terus menuju ke tempat pelepasan kapal angkasa kecemasan dan memang di situ tiada orang langsung. Inilah peluang keemasan ku. Aku sudah terbayangkan apa yang aku mahu lakukan di bumi. Sungguh teruja. Aku terus masuk ke dalam kapal itu dan terus pergi ke tempat kawalan. Aku hanya perlu mengikut panduan yang aku sudah cetak daripada internet. Semestinya internet sangat diperlukan sekarang. Hanya selangkah sahaja dan aku boleh pulang ke bumi. "Beep! Beep!" . Tiba-tiba di skrin terpapar sebuah beberapa tempat kosong dan bertulis "PLEASE ENTER YOUR PASSWORD" yang bermaksud sila masukkan kata kunci anda. Aku berasa sangat terkejut. Tidak pernah terlintas dalam fikiran ku yang ayah aku akan berbuat demikian. Harapan ku punah begitu sahaja. Aku cuba tekan apa sahaja kata kunci, tetapi tidak berjaya. Aduhai, malangnya nasib ku. Sudah lama aku merancang perkara ini tetapi tidak sangka bahawa perkara ini akan terjadi. Misiku gagal. "Papp!" Ada orang masuk ke bilik kawalan. Eh? Ada orang lain dalam bilik ini selain aku? Rupanya itu si Jonet. Aku terkaku, tetapi itu hanyalah si Jonet. aku boleh berikan alasan yang kononnya aku sesat atau sedang mencari barang. Tetapi aku sangat terkejut apabila Jonet berkata "Adakah misi kamu untuk pulang ke bumi berjaya?". Erkk, bagaimana dia boleh tahu tentang rancangan aku?

      "Saya baca diari kamu. Ayah terkejut yang kamu mempunyai misi untuk pulang ke bumi.". Ha? Ayah? Mengapa Jonet menggelarkan dirinya ayah? Lalu, si Jonet membuka topeng dan aku hampir pengsan apabila aku melihat di sebalik Jonet itu sebenarnya ayah. Jadi, yang selama ini, yang menjaga aku ketika kecil, yang mendidik aku ketika kecil sebenarnye adalah ayah aku. "Maafkanlah ayah, ayah ingat kamu marah ayah sebab kamu ingat ayah lah punca kehilangan mak kamu. Sebab itu kamu selalu bersikap dingin dengan ayah, sebenarnye mak kamu meninggal dunia disebabkan kemalangan." kata ayah. Penerangan ayah itu seperti ayah ikhlas memberitahu perkara sebenar. Adakah selama ini aku telah salah faham? Aku berasa sangat bersalah. Ayah berkata lagi " ayah menyamar menjadi Jonet kerana ayah hendak medekatkan diri kepada kamu. Ayah harap kamu tidak marah ayah.Perasaan ku bercampur. Aku berkata "Saya minta maaf ayah sebab saya tidak pernah beri peluang kepada ayah untuk jelaskan kepada saya." Lalu terus melupakan misiku.

       Rupanya ayahku telah banyak mengambil berat tentang ku. Aku juga sudah boleh menerima keadaan di sini. Anggaplah aku sekarang berada di bumi.


No comments:

Post a Comment